Blogger Layouts

Friday, 8 March 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. Syukur Ya Rabb..

Murah rezeki bulan Mac ni.. Tak perlu interview SPP, hanya dalam penilaian khas. Biarpun penilaian khas tu masih samar-samar lagi tp apa yang penting, pegawai tu cakap penilaian tu bukan interview.. hmmm lega sikit.. pastu dapat pulak jadi guru interim. rezeki lagi.. Alhamdulillah. Good news lagi ! yey, dpt kat SMT Sejingkat. Semua urusan dipermudahkan Allah SWT. Syukur.. dpt duduk rumah guru, tak perlu ulang-alik dari rumah yang jauh tu..walaupun pada bulan pertama ni dapat 24waktu mengajar, tp insya Allah nanti akan ditukar balik. jadi, wt masa ni mmg terbaik lah sekolah ni.. student pn masih boleh dikawal lagi.. mmg syukur sgt. Rasa cm mimpi pulak dah jadi cikgu sekarang.. my dream jobs..hehe yeke?? tp mmg bukan mudah tanggungjawab yang digalas sebagai seorang guru.. Apa2 pun semoga kehidupan kita semua lebih bermakna dari hari ke hari. Amin. Tapi tetap rindu zaman bergelar student. Pengalaman yang paling bermakna. UPSI tetap dihati.  









Ini semua kenangan belaka !

Wednesday, 30 January 2013

Isu Alam Sekitar : Banjir

PENGENALAN

Proses pembangunan seringkali berakhir dengan kemerosotan mutu persekitaran fizikal. Perubahan guna tanah secara makro di dalam sesuatu sistem lembangan saliran mampu mengakibatkan ketidakseimbangan kitaran semula jadi khususnya imbangan air dan tanah tanih. Kualiti dan kuantiti air di dalam sesuatu sistem lembangan akan berubah sehingga membawa kepada episod bencana alam sekitar. Banjir kilat, sebagai contoh adalah salah satu bentuk bencana yang berpunca dari ketidakseimbangan kitaran air, biasanya disebabkan oleh peningkatan kawasan tepu bina serta kelemahan sistem pengairan bandar di dalam sesebuah lembangan.

Banjir secara umum adalah kuantiti air yang tidak dikehendaki. Di Malaysia, banjir kerap berlaku disebabkan kombinasi semula jadi dan tindakan manusia. Secara tradisional, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat sisi sungai yang memang mudah terdedah kepada bencana banjir. Faktor ini digandingkan lagi dengan faktor semula jadi seperti intensiti hujan yang tinggi, lembangan saliran yang diganggu oleh aktiviti pembangunan serta sikap masyarakat yang kurang mengambil perhatian mengenai kesejahteraan sungai menyebabkan fenomena banjir kilat ini menjadi lazim di Malaysia. Selain itu, pembangunan yang tidak lestari juga turut menjadi punca berlakunya kejadian banjir kilat. Banjir menjadi bahaya apabila ia melibatkan masyarakat manusia, khususnya kejadian banjir yang berlaku di kawasan berpenduduk padat yang berpotensi kehilangan nyawa, jangkitan penyakit berbahaya dan kemusnahan harta benda. Bilangan mangsa banjir lazimnya bergantung kepada luas kawasan yang terlibat, masa dan aras maksimum tertinggi air dicatatkan.  Selain dari manusia sebagai mangsa, kerugian daripada segi harta benda individu dan awam juga merupakan impak bencana banjir yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat dan kerajaan. Walaupun banjir merupakan fenomena semula jadi, ia juga kadangkala dipengaruhi oleh faktor lain terutamanya tindakan manusia yang mengubah struktur permukaan dan sub-permukaan tanah yang menyebabkan imbangan hujan-air larian terganggu.

 Punca-punca Berlakunya Banjir Kilat

Di kawasan bandar misalnya, manusia banyak mengubah permukaan tanah daripada kawasan telap air kepada kawasan-kawasan tidak telap air melalui pembinaan jalan raya, bangunan, zon letak kereta dan sebagainya. Selain itu, banjir juga disebabkan oleh faktor lain seperti runtuhnya struktur empangan, ribut, tsunami, gegaran tek tonik dan letusan gunung berapi. Di kawasan bandar di mana tanah terhad, tekanan populasi boleh menyebabkan tanah tepi sungai sengaja dimajukan. Ada yang dimajukan mengikut undang-undang (misalnya Projek Kuala Lumpur Linear City) dan ada juga yang dimajukan secara haram (misalnya kampung setinggan seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur). Kebanyakan penghuni yang menetap di dataran banjir, khususnya di kawasan bandar terdiri daripada mereka yang miskin serta tidak mampu menetap di tempat lain selain tidak mempunyai hak milik tanah. Justeru, mereka ini yang akan menerima impak yang ketara apabila berlakunya kejadian banjir kilat.

Magnitud banjir kilat sebenarnya adalah lebih besar apabila manusia mulai campur tangan dalam sistem persekitaran dengan mengganggu komponen-komponen alam sekitar kesan daripada aktiviti pembangunan yang tidak mampan. Kesan perbandaran terhadap hidrologi misalnya melibatkan pengubahan pandang darat asli menjadi pandang darat buatan manusia. Perubahan permukaan daripada hutan menjadi kawasan kalis air seperti jalan berturap dan konkrit mengurangkan daya susupan air. Justeru, air akan mengalir terus di atas permukaan kalis air dan meningkatkan pemusatan air larian ke dalam saluran. Dengan itu, kekerapan berlaku kejadian banjir kilat meningkat selepas proses perbandaran. Di kawasan bandar, kekurangan kawasan telap air mempengaruhi kuantiti air dan keupayaan alur sungai.

Alur sungai lazimnya menerima sejumlah air yang banyak yang berpunca daripada air larian permukaan, aliran terus, aliran perantaraan dan aliran dasar. Kesemua gejala ini menghasilkan pengaliran keluar hidro graf lembangan saliran yang berbeza-beza mengikut masa. Bagi sungai bandar, proses penyusupan air dan air larian permukaan berlaku dengan cepat kerana ruang simpanan air bawah tanah yang terhad. Keadaan ini menyebabkan air hujan berada dalam keadaan tersekat yang akhirnya akan mengubah bentuknya kepada air larian permukaan. Lebihan air larian permukaan selalunya menimbulkan masalah banjir kilat di kawasan bandar.
Sistem perparitan yang kurang sempurna adalah punca utama meningkatnya aras air dan seterusnya menyebabkan berlakunya banjir kilat. Menurut Wan Ruslan (1994)[1], saluran di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur umpamanya dibina dengan konkrit dan dilebarkan untuk mengawal banjir. Kesan daripada peningkatan ciri-ciri saluran bandar ini menyebabkan isi padu aliran yang banyak diluahkan daripada kawasan bandar. Air yang diluahkan ini menyebabkan pertambahan banjir (dan hakisan tebing) di kawasan hilir bandar.

Di Malaysia, proses pembandaran biasanya meliputi aspek pertambahan kawasan guna tanah bandar dan pengurangan litupan tumbuhan. Kepadatan saliran bandar tidak berkembang selaras dengan pertambahan kawasan bandar. Inilah yang membawa kepada bencana banjir kilat, khususnya di Kuala Lumpur, apabila sistem saliran bandar tidak mampu lagi untuk mengalirkan larian ribut keluar semasa hujan (Noorazuan dan Asmala 2007)[2]. Kejadian banjir kilat dipercepatkan lagi dengan keadaan fizikal sistem saluran (parit dan sungai) yang tersumbat akibat pembuangan sisa domestik dan industri ke dalamnya.

Tumbuh-tumbuhan yang padat dan berada di dalam sistem ekologi semulajadinya memainkan peranan yang penting dalam mengawal banjir. Jutaan helai daun hijau memerangkap sejumlah besar air di atas permukaannya. Oleh itu, jumlah larian permukaan yang akhirnya memasuki sungai dapat dikurangkan. Daun-daun yang berguguran di atas permukaan bumi pula dapat memperlahankan larian permukaan, menghalang hakisan permukaan dan melengahkan tempoh larian itu memasuki sungai. Apabila hutan ditebang untuk tujuan pembalakan dan pertanian, mitigasi banjir secara semula jadi ini menjadi berkurangan. Di sesetengah kawasan, permukaan bumi menjadi gondol dan terdedah. Ini mempercepatkan lagi proses kejadian banjir kilat.

 Kes-kes Banjir Kilat yang Berlaku di Malaysia

Baru-baru ini, pada 4 November 2011 lalu, terdapat kejadian banjir kilat yang berlaku di Kuala Kangsar, Perak. Seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Sinar Harian, tidak sampai setengah jam, lebih 100 rumah di beberapa kawasan sekitar Kuala Kangsar, dilanda banjir kilat. Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Kampung Kolam Air, Taman Talang , Simpang Lawin dan beberapa lagi lokasi berhampiran. Pelbagai faktor didakwa penduduk menjadi punca kepada masalah banjir di Kolam Air dan Taman Talang, antaranya sistem saliran serta perparitan tidak sistematik selain projek pembinaan yang sedang dibangunkan di kawasan sekitar. Menurut mangsa kejadian tersebut, bukan sahaja rumah tetapi hasil tanaman penduduk juga musnah dan beberapa orang peniaga turut mengalami kerugian beribu-ribu ringgit akibat kejadian banjir kilat tersebut. Menurut penduduk di kawasan tersebut, masalah ini timbul kerana projek perumahan yang dijalankan di kawasan berhampiran tidak dibina sistem saliran air secara sistematik. Hal ini membuktikan banjir yang berlaku bukan hanya disebabkan oleh limpahan air sungai tetapi juga berpunca daripada kesan pembangunan dan sistem perparitan yang tersumbat yang menghalang pengaliran air.
            Selain itu, terdapat juga kes banjir kilat yang berlaku di Kampung Tok Besah, Pendang pada 5 November 2011 baru-baru ini. Kejadian tersebut yang dianggarkan berlaku kira-kira jam 4.30 petang dengan sekelip mata menyebabkan kawasan tersebut dipenuhi air selepas hujan lebat sehinggakan penduduk dan peniaga tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang kerana keadaan arus air ketika itu terlalu kuat. Difahamkan kejadian banjir kilat tersebut menyebabkan kira-kira 10 kedai dan lebih 10 perumahan penduduk dimasuki air. Menurut penduduk di kawasan tersebut, kejadian banjir kilat itu berpunca daripada sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan aliran air tidak boleh mengalir dengan baik. Selain itu, kejadian itu juga berlaku disebabkan oleh projek pembinaan perumahan di kawasan berhampiran. Projek perumahan itu sedang giat dijalankan, namun pihak pemaju tidak menyediakan sistem perparitan yang sistematik di sekitar kawasan itu hingga menyebabkan penduduk sekitar yang menjadi mangsa keadaan sedangkan pemaju mengaut keuntungan tinggi.
            Manakala, seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, pada 7 November 2011 lalu di Alor Setar, hujan berterusan di kawsan tersebut telah menyebabkan kira-kira 600 buah rumah dinaiki air sedalam 0.5 meter dalam kejadian banjir kilat di tiga kawsan perumahan Kuala Kedah. Kawasan perumahan yang terlibat ialah Taman Desarena 2, Perumahan Awam Kuala Kedah dan Taman Seri Putera yang dinaiki air ekoran hujan antara pukul 11.30 malam dan 9.30 pagi pada hari kejadian. Rata-rata penduduk mengatakan bahawa banjir kilat yang berlaku berpunca daripada sistem saliran yang tidak sempurna. Ketiadaan sistem perparitan yang sempurna berikutan pembinaan dua buah taman perumahan baru di situ sejak tiga tahun lalu. Banjir kilat juga berlaku berikutan kerja-kerja menambak tanah bagi kawasan perumahan baru tersebut.
            Berdasarkan kejadian banjir kilat yang berlaku mutakhir ini, antara punca utama berlakunya kejadian tersebut ialah sistem perparitan yang tidak sempurna dan kerja-kerja pembinaan yang merupakan proses pembangunan sesebuah kawasan. Hal ini berkait rapat dengan kepentingan pembangunan lestari atau pembangunan mapan yang mementingkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam proses meningkatkan kemajuan sesebuah masyarakat.

 Pelestarian Pembangunan Sebagai Langkah Mengurangkan Kejadian Banjir Kilat

Mengikut Brundtland Report 1987, pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya (White & Whitney, 1992). Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil menjadi penting.(David  Drakakis-Smith, 1995).
Definisi pembangunan mampan antarabangsa Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (Laporan Brundtland 1987) mendefinisikan pembangunan mampan sebagai ‘pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi mendatang bagi memenuhi keperluan mereka’.[3] Definisi Pembangunan Mampan Mengikut laporan Our Common Future yang diterbitkan oleh The World Commissionon Environment and Development (WCED), 1987, pembangunan mampan adalah ‘pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka.’ Walaupun terdapat beberapa definisi yang berbeza tetapi dalam kesemua definisi ini terdapat satu tema yang dikongsi bersama iaitu alam sekitar, masa depan dan kesaksamaan.


Menyentuh mengenai langkah kejuruteraan yang dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan banjir kilat di ibu negara, Kerajaan tidak hanya bergantung pada Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART). Ini kerana SMART hanya dikatakan berfungsi mengalirkan lebihan air dari Sungai Klang dan Sungai Ampang sahaja. Beberapa alternatif lain turut diambil dalam menangani banjir kilat termasuk membina kolam takungan dan stesen pam. Kolam takungan akan berfungsi menyimpan lebihan air bagi mengelakkan banjir berlaku di pusat bandar manakala stesen pam pula berfungsi untuk mengepam lebihan air dari sungai ke kawasan takungan. Langkah lain melibatkan kerja-kerja melurus, melebar dan mendalamkan sungai seperti Sungai Kerayong dan Sungai Penchala bagi mengelakkan masalah banjir kilat. Selain itu, projek menaik taraf parit-parit induk di sekitar ibu kota serta mengenal pasti lokasi parit induk yang baru turut dilakukan. Apa yang penting, kesemua saluran air perlu ini perlu dikawal daripada sebarang gangguan pembuangan sampah sarap dan pemendapan untuk mengelakkan daripada banjir kilat yang kerap melanda kawasan bandar. Apabila semua projek ini siap sepenuhnya, ia dijangka berupaya mengatasi masalah banjir di semua kawasan di ibu negara.

 KESIMPULAN

Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju.

Pembangunan lestari mampu dilaksanakan jika semua pihak bekerjasama termasuk badan bukan kerajaan dan masyarakat. Pemaju-pemaju perlu mempunyai kesedaran untuk menyeimbangkan pembangunan yang mampan. Masyarakat juga perlu menitik beratkan masalah alam sekitar supaya tidak merugikan negara pada masa hadapan kerana hutan adalah sumber berharga negara dan pembangunan pula menjadi tunjang ekonomi negara.


[1] Wan Ruslan Ismail. 1994. Pengantar Hidrologi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
[2] Noorazuan, M.H. & Asmala Hj Ahmad 2007. Tepubina bandar: Isu dan kaitannya dengan kesihatan ekosistem lembangan saliran. Jurnal Geografia. 4(1): 1-20.
[3] Bruntland Report 1987. Our Common Future: The World Commission for the Environment and Development. Madrid: Alianza Publication.

Friday, 6 January 2012

Perkembangan dan Kepentingan Pengangkutan di Malaysia

1.0       PENDAHULUAN
Pengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selain itu, pengertian pengangkutan ini juga bermaksud kenderaan. Walaupun definisi pengangkutan disampaikan dengan cara berlainan tetapi masih membawa maksud yang sama iaitu, pengangkutan bermaksud pergerakan untuk membawa penumpang atau barangan dari suatu tempat ke tempat yang lain ataupun mengubah lokasi fizikal sesuatu barangan atau penumpang. Oleh itu, pengangkutan berfungsi sebagai media yang menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang berlainan dan membolehkan melakukan pergerakan manusia.
            Sebagai satu aktiviti asas manusia, pengangkutan membantu memindahkan manusia dan barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sistem pengangkutan yang terjalin dibentuk oleh jaringan jalan dan pengangkutan dan seterusnya membentuk pergerakan yang berlaku dalam sesebuah kawasan. Bidang pengangkutan memainkan peranan penting dalam menyelaras segala program pembangunan sesebuah negara. Sektor pengangkutan bukan sahaja merupakan penawaran perkhidmatan yang produktif dan berpotensi, tetapi juga merupakan penawaran kemudahan mod pergerakan umum dalam pelbagai jenis dan bentuk bersesuaian dengan kehendak kemajuan masyarakat. Malah dewasa ini pengangkutan merupakan keperluan dalam kemudahan pergerakan manusia dan barangan yang perlu dimiliki dan menjadi asas utama dalam kehidupan seharian.
Dengan perkembangan aktiviti manusia yang kian meningkat dan bertambah kompleks melalui pelbagai fungsi dan aktiviti seharian secara tidak langsung meningkatkan keperluan permintaan terhadap pelbagai jenis kenderaan. Serentak dengan itu, jumlah kenderaan di jalan raya juga meningkat dengan pesatnya pada setiap tahun. Dengan bertambahnya bilangan kenderaan secara berterusan di negara kita ketika ini seperti juga di negara-negara lain terutama di bandar-bandar utama dan di jalan-jalan raya utama secara langsungnya telah menimbulkan pelbagai isu dan permasalahan lalu lintas khususnya kemalangan jalan raya.

2.0 FUNGSI PENGANGKUTAN

Keperluan untuk pengangkutan wujud walaupun dalam masyarakat yang belum mencapai pembangunan ekonomi yang tinggi. Apabila ekonomi sesuatu kawasan makin membangun, permintaan untuk pengangkutan semakin meningkat. Selain fungsi ekonomi, pengangkutan juga mempunyai fungsi sosial untuk menghubungkan silaturahim sesama manusia sama ada ahli keluarga atau sahabat handai. Dengan adanya sistem pengangkutan yang lebih baik manusia boleh memilih untuk bekerja di sesuatu tempat di mana majikan boleh menawarkan gaji yang lumayan tetapi pada masa yang sama memilih untuk tinggal di kawasan pilihan mereka. Pengangkutan juga membolehkan manusia menggunakan masa santainya dengan cara terbaik.[1]
Di bandar, sebahagian besar penyediaan kemudahan adalah untuk memenuhi permintaan bergerak daripada pengguna, dari satu tempat kepada satu tempat yang lain. Antaranya untuk menghubungkan pengguna ke tempat bekerja, pusat perkhidmatan, sekolah dan institut pengajian, tempat membeli belah dan sebagainya. Penyediaan mod pengangkutan yang pelbagai, adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat memilih mod pengangkutan yang lebih mesra pengguna, selamat, selesa dan ekonomik. Pengangkutan juga dilihat sebagai pemangkin yang mampu melonjakkan pembangunan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan, penjanaan, guna tenaga dan pembangunan masyarakat seluruhnya.
Pengangkutan berfungsi sebagai faktor integrasi dan koordinasi dalam masyarakat yang kompleks terutamanya dalam masyarakat perusahaan. Pengangkutan berkait rapat dengan pergerakan barangan. Tanpa sistem pengangkutan, sesuatu masyarakat itu tidak dapat berkembang maju dan menerima perubahan dalam sistem sosial, ekonomi dan sebagainya. Pengangkutan juga mempunyai fungsi yang berkaitan dengan pertambahan penduduk, perkembangan bandar dan guna tanah. Pengangkutan boleh mengubah bentuk perkembangan bandar. Pada masa dahulu, pertambahan penduduk hanya tertumpu pada kawasan yang mempunyai sosioekonomi tertentu tetapi dengan perkembangan pengangkutan, perkembangan bandar mengikut perkembangan pengangkutan.

2.1       Jenis-jenis Pengangkutan
Pengangkutan boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis. Jika dikaitkan dengan mod atau ragam pengangkutan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pengangkutan darat, pengangkutan air, dan juga pengangkutan udara.

2.1.1    Pengangkutan Darat
Pengangkutan darat biasanya dikaitkan dengan kenderaan yang menggunakan jalan raya sebagai laluan. Antaranya ialah kenderaan persendirian seperti kereta dan juga motosikal, pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas mini, teksi dan juga kereta sewa, serta kenderaan perdagangan seperti lori, bas kilang dan juga treler.
Setiap jenis kenderaan mempunyai fungsi serta kapasiti masing-masing. Sebagai contoh, kenderaan persendirian memberi kelebihan dari segi penjimatan masa, perkhidmatan dari pintu ke pintu dan kebolehsampaian. Walau bagaimanapun, kenderaan persendirian hanya mampu menampung 4 hingga 5 orang penumpang untuk kereta ataupun, 6-8 orang untuk kenderaan serba guna (MPV). Sementara pengangkutan awam memberi faedah dari segi kemurahan tambang, keupayaan kenderaan yang tinggi dan juga kemudahan mendapatkan perkhidmatan. Berikut merupakan pendaftaran kenderaan darat mengikut jenis.

2.1.2    Kereta api
Pada mulanya, kereta api ditarik oleh kuda sehinggalah awal abad ke-19 di mana enjin wap digunakan. Kereta api di Malaysia pada permulaannya digunakan bagi mengangkat bijih timah. Perkhidmatan ini bermula pada 1 Jun 1885 dari Taiping ke Port Weld. Pada 1920-an, kereta api mula menggunakan diesel sehinggalah sekarang kereta api menggunakan tenaga elektrik. Pada 1970-an kebanyakan negara telah menggantikan kereta api wap untuk kegunaan harian. Kereta api terdiri daripada beberapa kenderaan berlandasan yang boleh bergerak bersama untuk membawa muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain melalui laluan tertentu. Landasan kereta api biasanya terdiri daripada rel konvensional.[2]

2.1.3    Pengangkutan Udara
Pengangkutan udara mempunyai kelebihan perkhidmatan dari segi kelajuan dan keselesaan kepada penumpang. Pengangkutan jenis ini biasanya digunakan untuk perjalanan jarak jauh. Pengangkutan ini juga boleh dibahagikan kepada perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan. Antara syarikat perkhidmatan udara di Malaysia adalah Malaysia Airline System (MAS) dan juga Air Asia.

2.1.4    Pengangkutan Maritim
Sektor perkapalan dan pengangkutan melalui jalan laut juga telah bertambah pesat. Hai ini terbukti dengan penggunaan pelabuhan dan kemudahan maritim bertaraf dunia di Malaysia. Terdapat beberapa pelabuhan yang terkenal untuk kapal perdagangan seperti pelabuhan Tanjung Pelepas. Perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang biasanya digunakan untuk menghubungkan kawasan tanah besar ke pulau-pulau di sekeliling.

3.0       ISU DAN MASALAH PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

Pergantungan yang tinggi terhadap kenderaan persendirian seperti motosikal dan kereta akan memberi implikasi yang negatif dari segi penggunaan sumber tenaga, umpamanya fosil yang dibakar oleh enjin kenderaan boleh mendatangkan dan meningkatkan pencemaran udara dan seterusnya memberi impak negatif kepada persekitaran. Masalah kesesakan lalu lintas yang dialami oleh penduduk di bandar tidak seharusnya dibiarkan berterusan. Hal ini kerana kesesakan lalu lintas boleh memberi gangguan kepada persekitaran dan psikologi manusia.
            Di Malaysia, banyak isu dan masalah utama yang menjadi kekangan dalam mencapai kualiti hidup yang baik di bandar. Pertambahan penduduk bukan sahaja memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan, permintaan terhadap perumahan, kemudahan sosial bahkan turut menambah jumlah kenderaan di jalan raya dan lebuh raya. Perubahan demografi melalui pertumbuhan semula jadi dan migrasi telah meningkatkan lagi permintaan terhadap pengangkutan bagi kemudahan untuk bergerak. Pengangkutan merupakan antara punca terpenting yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar, terutamanya pencemaran udara di kawasan bandar.
 Masalah ini bukan sahaja berkaitan dengan mod pengangkutan, bahkan turut melibatkan struktur jalan raya yang membahayakan seperti tiadanya pembahagi jalan yang jelas, jalan yang pecah dan berlopak, jalan tidak rata, kurangnya kemudahan lampu isyarat, kesesakan lalu lintas yang boleh memberi kesan kepada fizikal dan psikologi manusia dan beberapa kesan lagi. Keadaan-keadaan seperti ini didapati boleh menyebabkan masyarakat bandar merasa tidak selesa, susah hati, cemas, letih, lesu, kerumitan untuk berinteraksi dan kebimbangan yang serius apabila setiap hari mereka terpaksa menggunakan jalan raya tersebut ke tempat bekerja, ke pasar raya, pusat perkhidmatan atau apa sahaja urusan penting dalam keadaan pengguna tidak mempunyai pilihan yang lain.
Selain itu, kemudahan pengangkutan awam yang terdapat di bandar-bandar besar yang tidak dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan dan maksimum kepada pengguna. Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan seperti jadual perjalanan yang tidak konsisten, bilangan penumpang yang terlalu ramai yang menimbulkan kesesakan dalam bas dan monorel, kekerapan perjalanan bas yang terlalu lama, tiada kemudahan penyaman udara dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini didapati telah menimbulkan kerumitan yang serius kepada pengguna. Ada kalanya pengguna cuba beralih kepada mod pengangkutan awam, tetapi perkhidmatan yang ditawarkan pula tidak memuaskan. Manakala untuk terus menggunakan kenderaan persendirian ternyata akan lebih menyulitkan apabila terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas yang lama, keletihan, dan sebagainya. Hal-hal seperti ini merupakan antara masalah yang sering berlaku di kawasan bandar.

4.0       SISTEM PENGANGKUTAN SEBAGAI FAKTOR PEMBANGUNAN SESEBUAH KAWASAN

Pembangunan merupakan satu proses yang berterusan, melalui satu perancangan untuk memperbaiki kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek. Satu aspek yang penting dalam pembangunan tersebut ialah pengangkutan. Hampir seluruh kehidupan manusia tidak terlepas daripada keperluan pengangkutan. Pengangkutan berkembang seiring dengan kemajuan kehidupan dan budaya manusia. Sistem pengangkutan merupakan salah satu faktor penggerak utama dalam pembangunan negara yang secara langsungnya dapat meningkatkan kualiti hidup sosial. Sejarah telah membuktikan bahawa proses perbandaran telah banyak membawa kesan positif kepada pembangunan negara. Dari awal lagi pusat bandar telah memainkan peranan yang penting sebagai pusat pengumpul, pertukaran barangan melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan serta menjadi pusat pengedaran hasil pengeluaran ke kawasan-kawasan lain atau di peringkat tempatan.
Proses ini berterusan sehingga fungsi bandar merebak keluar ke kawasan-kawasan di sekitarnya setelah wujudnya kawasan-kawasan perindustrian, perdagangan, pejabat-pejabat pentadbiran, pasar raya dan kawasan kediaman yang memerlukan kawasan yang lebih luas. Akibatnya wujud pula bandar-bandar lain di pinggir bandar atau di sepanjang jalan pengangkutan utama mengikut fungsinya yang tertentu seperti bandar satelit, bandar baru, bandar peranginan, bandar universiti dan suburb yang terdiri daripada pelbagai jenis seperti suburb perumahan eksklusif, campuran dan suburb perindustrian ringan yang merangkumi kawasan bandar yang lebih luas dan kompleks seperti yang dialami pada masa kini. Justeru itu kesannya tidak dapat dinafikan di kalangan sebahagian penduduknya dalam memperoleh kualiti hidup sosial pada peringkat minimum disebabkan kepesatan proses perbandaran yang tidak terkawal.
Bandar-bandar di Malaysia kini sedang mengalami proses perbandaran yang pesat dengan melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi, pergerakan barangan dan manusia serta jalinan rangkaian pengangkutan jalan raya yang bertambah kompleks. Tumpuan pembangunan dan proses perbandaran yang tidak terkawal serta keadaan sistem perbandaran yang tidak tersusun pada peringkat awalnya telah menyebabkan berlakunya pelbagai permasalahan dan isu pengangkutan di kebanyakan bandar utama dewasa ini. Pembangunan yang pesat bererti keluasan kawasan bandar menjadi bertambah ‘sempit’. Ditambah pula dengan sebahagian daripada kawasan pusat bandar yang kebanyakannya dijadikan kawasan kediaman, terutama di rumah-rumah kedai dua tingkat yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua dengan dihubungi oleh lorong-lorong sempit telah menyebabkan laluan kenderaan bertambah sesak dan padat.
Bagi setengah kawasan yang lain pula terdapat percanggahan penggunaan tanah dengan ditempatkan kawasan-kawasan industri di kawasan kediaman dan perniagaan di pusat-pusat bandar. Kedudukan bangunan-bangunan peninggalan sejarah sebelum perang yang berdekatan dengan laluan lorong-lorong yang sempit menyebabkan kerja-kerja untuk melebarkan jalan raya tidak dapat dilaksanakan. Keadaan ini dijangka menjadi bertambah buruk lagi pada masa akan datang dengan bertambahnya jumlah kenderaan sama ada persendirian, awam atau pengangkutan barangan dengan melibatkan pelbagai mod pengangkutan yang akhirnya membawa banyak masalah kesesakan lalu lintas bukan saja di pusat bandar, tetapi juga di jalan-jalan utama yang sudah pun melebihi had isi padunya terutama pada waktu-waktu kemuncak.
Kepesatan perkembangan bidang pengangkutan di Malaysia adalah hasil daripada pertumbuhan dan pembangunan sosioekonomi yang berterusan. Pembangunan rangkaian pengangkutan jalan raya merupakan salah satu faktor penting dalam menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk kepentingan program pembangunan ekonomi negara. Kepesatan proses pembandaran menyebabkan timbulnya pelbagai masalah secara langsung atau tidak langsung. Pertumbuhan pesat bandar metropolitan seperti Johor telah menyebabkan bandar-bandar kecil mengalami kemerosotan kadar pertumbuhan dan fungsi. Perpindahan penduduk keluar boleh melebarkan lagi jurang pembangunan sosial dan ekonomi antar bandar-bandar kecil dengan bandar-bandar besar. Pembinaan lebuh raya dan sistem pengangkutan antara bandar-bandar utama dan wujudnya jalan pengangkutan yang cekap di luar bandar telah memudahkan lagi pergerakan masyarakat dan barangan.[3]
Kini, Malaysia mengamalkan sistem pengangkutan jalan raya yang lebih moden dan berteknologi tinggi di bawah `Sistem Lebuh Raya Malaysia’ melalui pengawasan Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Justeru itu proses perbandaran di Malaysia semakin pesat membangun yang bertindak sebagai penggerak ekonomi negara. Antara yang utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Timur- Barat, Johor-Karak, Johor- Air Hitam, Lebuh Raya Pan-Borneo dan Lebuh Raya Pantai Barat, Johor. Kesemua rangkaian lebuh raya yang siap dan sedang dalam pembinaan merupakan penghubung utama dengan semua rangkaian jalan raya dan bandar-bandar sedia ada di seluruh negara. Laluan Lebuh Raya Utara-Selatan di antara Pantai Barat Semenanjung Malaysia menghubungi kawasan utara dari sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam ke Johor Johor di selatan melalui bandar-bandar utama bermula dari Alor Setar, Butterworh, Ipoh, Johor, Seremban dan Johor Johor. Bagi rangkaian Lebuh Raya Timur-Barat pula menghubungi Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian utara Semenanjung Malaysia dengan menghubungi Grik, Perak dan Jeli di Johor. Manakala Lebuh Raya Gua Musang pula menghubungi Kota Johor, Gua Musang, Bentong dan Johor. Di bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya Jerangau-Jabor menghubungi Kuala Johor, Kuantan, Bentong dan Johor atau terus melalui Lebuh Raya Segamat dari Kuantan, Segamat dan Johor. Di Sarawak, Lebuh Raya Pan-Borneo menghubungi Bandaraya Kuching, Sibu dan Miri.
Dengan ini pada keseluruhannya rangkaian lebuh raya di Malaysia mempunyai pengaruh dan pertalian dengan bandar-bandar yang sedang meningkat proses pembandarannya. Antaranya termasuk bandar Jitra, Sungai Petani, Taiping, Kuala Kangsar, Kota Tinggi dan Segamat, Johor. Proses ini dijangka berterusan dan akan menggalakkan lagi pertumbuhan bandar-bandar kecil di seluruh negara dalam tempoh jangka panjang.
Oleh yang demikian, sistem pengangkutan dapatlah dianggap sebagai satu daripada faktor pendorong yang utama di dalam pembangunan, terutama kepada negara yang sedang membangun. Pengangkutan berfungsi sebagai media yang menghubungkan satu tempat dengan satu tempat yang lain dan ini membolehkan pergerakan manusia. Pembinaan jalan-jalan dan kemudahan sistem pengangkutan di dalam dan di luar bandar memberi jalan masuk kepada sesuatu kawasan dan seterusnya memudahkan pengaliran pengaruh terhadap pembangunan dan unsur-unsur pemodenan. Manusia atau masyarakat lazimnya mempunyai ciri-ciri sosioekonomi tertentu. Masyarakat juga dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut status ekonomi dan ini dapat diukur berdasarkan jenis pekerjaan dan garis pendapatan. Faktor-faktor ini akan mencerminkan kawasan penempatan, kepadatan penduduk dan jenis sistem pengangkutan yang diperlukan.
Hal ini menunjukkan jalan-jalan utama melalui pusat-pusat penempatan dan kemudahan pengangkutan awam yang cekap amat diperlukan. Jika pengangkutan di sesuatu kawasan itu baik, murah, tepat pada waktunya, senang didapati dan terletak di lokasi yang strategik, hal ini akan mewujudkan permintaan yang berlebihan. Sesuatu lokasi yang strategik dikaitkan dengan kegiatan tumpuan seperti pusat pelancongan atau pusat membeli-belah. Jika permintaan melepasi peringkat optimum, kesesakan akan wujud dan ini akan merendahkan nilai lokasi kepada pengguna atau masyarakat sedia ada. Kesesakan lokasi sukar diukur dan ini biasanya berlaku di pusat-pusat bandar, di tempat-tempat peranginan, atau di sesebuah kawasan yang menarik. Oleh itu, perancangan pengangkutan hendaklah dikait rapat dengan perancangan guna tanah.
Dengan itu, tiap-tiap aktiviti di dalam bandar merupakan elemen-elemen yang mempunyai fungsi tersendiri. Di antara elemen-elemen penting ialah temp[at tinggal, tempat bekerja atau belajar, tempat membeli-belah dan tempat beristirahat. Tiap-tiap elemen tersebut saling berkaitan dan memerlukan suatu sistem pengangkutan. Di samping itu, kehendak masyarakat juga selalu berubah mengikut peredaran zaman. Perkembangan bandar telah mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan permintaan perumahan dan memperbanyakkan pejabat.[4]
Situasi ini akan meletakkan suatu kawasan atau bandar itu di peringkat optimum, di mana tahap kesesakan amat ketara. Pada kebiasaannya, perkembangan bandar akan meluas ke kawasan pinggir bandar  dan hal ini memerlukan suatu sistem perhubungan yang baru dan menjadi faktor kepada pembukaan sesebuah bandar baru.

4.1       Pembangunan dan Pengangkutan di Iskandar Malaysia
Iskandar Malaysia terletak di dalam Negeri Johor, kawasan paling pesat membangun di selatan Semenanjung Malaysia di mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan perniagaan bergabung untuk membentuk metropolis yang progresif dan berdaya maju. Wilayah Pembangunan Iskandar meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi (221,634 hektar) bersamaan lebih 3 kali ganda saiz Singapura dan 2 kali ganda saiz Hong Kong. Kawasan di dalam lingkungannya adalah Daerah Johor Johor dan sebahagian daripada Daerah Pontian iaitu Mukim Jeram Batu, Mukim Sg. Karang, Mukim Serkat dan Pulau Kukup (Mukim Ayer Masin).
Antara kesan positif yang dapat dilihat melalui pembangunan koridor ialah sistem jalan raya yang semakin bersistematik. Dapat dilihat perbezaan pada waktu kini dan dahulu adalah amat berbeza dari segi sistem pengurusan infrastrukturnya. Sistem pengangkutan yang semakin baik ini adalah salah satu cara berkesan dalam menghubungkan satu wilayah dengan wilayah yang lain. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan terpencil dapat dimajukan apabila jaringan jalan raya diperbaiki.
Dalam hal ini, sesebuah pembangunan yang dilaksanakan misalnya di Wilayah Pembangunan Iskandar sememangnya berkait rapat dengan kepentingan sistem pengangkutan. Pengangkutan berfungsi sebagai kenderaan untuk memindahkan bahan-bahan pembinaan di wilayah tersebut serta menghubungkan masyarakat dengan kawasan tersebut. Iskandar Malaysia mempunyai sistem jalan raya yang meluas. Selain itu, beberapa rangkaian jalan utama telah pun dicadangkan seperti Eastern Dispersal Link (EDL), Johor Bahru Coastal Road dan Johor Baru Middle Ring Road. Tambahan pelaksanaan program menaik taraf dan membaik pulih jalan raya yang relevan dan penting telah dicadangkan untuk membanyakkan jalan raya di mana kegiatan ekonomi akan meningkat di kawasan tersebut. Lebuh raya utama juga sedang dinaik taraf untuk melancarkan aliran trafik daripada kawasan yang sesak serta menyediakan laluan penghubung untuk menerajui pembangunan kawasan tersebut.[5]

5.0       KESAN PENGANGKUTAN DAN PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Alam sekitar boleh dirujuk kepada segala benda yang berada di sekeliling manusia pada suatu titik ruang dan masa.[6] Pencemaran alam sekitar telah bermula sejak wujudnya revolusi perindustrian lagi. Dalam kita mengejar kemajuan dan meningkatkan taraf hidup, kegiatan ekonomi dan pembangunan yang pesat tidak dapat dielakkan atau dihalang bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Pencemaran yang disebabkan oleh kegiatan manusia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja seperti pelepasan gas-gas beracun oleh kilang-kilang ke ruang udara, pembuangan sisa kumbahan, asap dari kenderaan, pemusnahan dan pembakaran hutan serta aktiviti yang berkaitan dengan pengaruh manusia. Hal ini secara tidak langsung adalah kesan daripada kepesatan pembangunan dan kemajuan sistem pengangkutan di negara kita.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak membawa perubahan dan kebaikan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan pembangunan yang berkembang dengan pesat di negara kita. Impak pembangunan terhadap alam sekitar pada masa ini semakin meningkat, walaupun terdapat pelbagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasinya dan bertambahnya peraturan dan garis panduan yang digubal bagi melawannya.[7]
Sistem jalan raya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh dikatakan 90 peratus hingga 95 peratus kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota telah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki penduduk desa. Walau bagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu membawa bersamanya kebaikan dan keburukan.
5.1       Pencemaran Udara
Pencemaran udara adalah salah satu kesan sampingan daripada sistem pengangkutan iaitu kenderaan bermotor.[8] Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida, 74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak diketahui jumlah peratusannya.
Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara) maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motosikal dan bas merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang. Analisis yang dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan penggunaan kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.

5.2       Pencemaran Bunyi
Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising dan mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan lebuh raya selalu mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi mereka akan terganggu. Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan lebuh raya juga boleh menghasilkan bunyi bising yang kuat. 

5.3       Perubahan Landskap
Pembinaan sistem pengangkutan boleh mengubah landskap fizikal sesuatu kawasan. Pembinaan lebuh raya atau melebarkan jalan raya boleh menyebabkan cerun bukit dipotong dan hutan-hutan ditebang dengan banyaknya. Projek memotong dan menarah bukit boleh menyebabkan kejadian hakisan cerun. Seterusnya apabila berlaku hujan lebat, air hujan boleh melonggarkan tanah dan menyebabkan berlakunya tanah runtuh

6.0       LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Penjagaan alam sekitar adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah besar yang akan timbul kemudian hari. Jika alam sekitar tidak dijaga dan dipelihara dengan betul, hal ini boleh memberi masalah kepada masyarakat dan hidupan lain. Oleh itu, langkah pencegahan dan pengawalan telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi menjamin kualiti udara di Malaysia. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah dengan mengelakkan penggunaan klorofluorokarbon (CFC) dan melalui perundangan dan penguatkuasaan.[9]
            Dalam usaha mengawal pencemaran di Malaysia, kerajaan telah membuat beberapa peraturan dan kaedah. Dalam konteks pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan bermotor, peraturan-peraturan yang ditetapkan boleh didapati dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978, Kaedah-kaedah Kereta Motor (Kawalan Pelepasan Asap dan gas), 1977. Selain itu, pencemaran udara juga boleh dikawal dengan menggunakan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Petrol) 1996 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996.
Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor di tengah panas juga boleh mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik untuk alam sekitar di samping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita. Penglibatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.


7.0       KESIMPULAN

Kesimpulannya, kepesatan pembangunan dan perkembangan sistem pengangkutan yang semakin meningkat banyak memberi kesan kepada masyarakat dan alam sekitar, sama ada kesan negatif mahupun kesan positif. Pembangunan sesebuah bandar bertujuan membawa transformasi yang lebih bermakna dan diharapkan agar negara dapat mengharungi arus globalisasi yang kian mencabar dari semasa ke semasa.
Kepesatan bandar telah membawa kepada perkembangan sistem pengangkutan yang selaras dengan keperluan masyarakat yang semakin meningkat. Kawasan-kawasan yang dibangunkan ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan memberi faedah antara satu sama lain. Kawasan-kawasan yang dicantumkan sehingga wujudnya wilayah, mempunyai fungsi tertentu yang membolehkan pergantungan berlaku antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Contohnya kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan mempunyai hubungan rapat dengan kawasan yang terdapat banyak peluang pekerjaan, yang menjadi tempat tumpuan orang ramai.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem pengangkutan dan pembangunan sesebuah kawasan merupakan dua perkara yang saling berkaitan dan mempunyai kepentingan tersendiri dalam sistem sosial masyarakat khususnya di Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam menikmati kepesatan pembangunan dan perkembangan sistem pengangkutan, kesan-kesan di sebaliknya perlu dikawal dan seharusnya langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi mengelakkan kesan negatif terhadap masyarakat dan alam sekitar.


BIBLIOGRAFI
Azura Sarbini, 2011. Tesis : Kajian Pengaruh Jumlah Kenderaan Terhadap Pencemaran Udara di Jalan Skudai. Universiti Teknologi Malaysia : Johor
Ibrahim Wahab, 1988. Pengangkutan dan Struktur Bandar. Penerbit Universiti Sains Malaysia : Pulau Pinang.
Jamaluddin Md. Jahi, 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor
Khairani Alladin @ Jalaludin, 1993. Pengangkutan Darat : Kesannya terhadap Alam Sekitar : Kajian Kes di Kuala Lumpur. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka : Selangor Darul Ehsan.
Mohmadisa Hashim, Mohamad Suhaily Yusry Che Ngah, 2005. Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim, Perak HHakaoeoe
Mohd. Razali Agus, Fashbir Noor Sidin, 2000. Perbandaran dan Perancangan Persekitaran. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd : Kuala Lumpur.
Pengangkutan di Iskandar Malaysia, Diperoleh pada 28 Oktober 2011,  daripada laman sesawang, http://www2.iskandarmalaysia.com.my/pengangkutan-di-iskandar-malaysia
Thomas R. Detwyler, Melvin g. Marcus ; terjemahan Sulung Muhamad, 1985. Pembandaran dan Persekitaran Geografi Fizikal Bandar. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.


[1] Mohd. Razali Agus, Fashbir Noor Sidin, 2000. Perbandaran dan Perancangan Persekitaran. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd : Kuala Lumpur. Hlm. 11.
[2] Azura Sarbini, 2011. Tesis : Kajian Pengaruh Jumlah Kenderaan Terhadap Pencemaran Udara di Jalan Skudai. Universiti Teknologi Malaysia : Johor. Hlm.9.
[3] Khairani Alladin @ Jalaludin, 1993. Pengangkutan Darat : Kesannya terhadap Alam Sekitar : Kajian Kes di Kuala Lumpur. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka : Selangor Darul Ehsan. Hlm. 19.
[4] Ibrahim Wahab, 1988. Pengangkutan dan Struktur Bandar. Penerbit Universiti Sains Malaysia : Pulau Pinang. Hlm 12.
[5] Diperoleh pada 28 Oktober 2011, Pengangkutan di Iskandar Malaysia, di laman sesawang http://www2.iskandarmalaysia.com.my/pengangkutan-di-iskandar-malaysia
[6] Mohmadisa Hashim, Mohamad Suhaily Yusry Che Ngah, 2005. Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim, Perak. Hlm. 13.
[7] Jamaluddin Md. Jahi, 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor. Hlm. 19.
[8] Thomas R. Detwyler, Melvin g. Marcus ; terjemahan Sulung Muhamad, 1985. Pembandaran dan Persekitaran Geografi Fizikal Bandar. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. Hlm.106.
[9] Azura Sarbini, 2011. Tesis : Kajian Pengaruh Jumlah Kenderaan Terhadap Pencemaran Udara di Jalan Skudai. Universiti Teknologi Malaysia : Johor. Hlm.29.

Thursday, 22 December 2011

Lumrah

 
Kita ni tak ada apa-apa. Langsung tiada apa-apa ! Allah lah segala-galanya. 
Tangisan ku bukan kerana aku mempersoalkan atau mempertikaikan ketentuan-Mu ya ALLAH tetapi kerana lemahnya aku mengendali diri. Kuatkan imanku, berikan hidayah kepadaku dan limpahkanlah rahmat-Mu sebagai bekalan hidupku… 

Friday, 2 December 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan


Setiap hubungan itu kita harap dapat bertahan sehingga ke jinjang pelamin, kita mungkin rasa kita sudah jagan hubungan tersebut dengan baik namun, hubungan itu tetap tidak dapat bertahan, kenapa? apa sebab hubungan tersebut tidak mampu bertahan lama?
Nak tahu apa dia sebab2nye jom :

1. Menipu
Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

 2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat

 3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.


7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi.hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?